2. Apakah kategori-kategori tiket UND3RGROUND?

Rockzone
Early Bird - RM149
Phase 1 - RM199
Phase 2 - RM249

Mosh Tix (VIP Access)
RM299

Vibers Pit (VVIP Access)
RM499

*Harga tiket tertakluk kepada bayaran pemprosesan dan caj tiket

3. Apakah perbezaan Rockzone - Early Bird, Phase 1 dan Phase 2?

Kesemua fasa Rockzone mempunyai akses yang sama. Penjualan zone Rockzone dijual secara berperingkat berdasarkan kapasiti.

4. Apakah kelebihan membeli tiket Mosh Tix dan Vibers Pit?

Mosh Tix (VIP Access)

  • Lorong masuk khas disediakan untuk Mosh Tix (VIP Access)
  • Akses eksklusif ke ruang hadapan pentas
  • Tandas awam khas disediakan
  • Merchandise:
  • Sticker
  • Rubber Wristband
  • Lanyard & Card

Vibers Pit (VVIP Access)

  • Lorong masuk khas disediakan untuk Vibers Pit (VVIP Access)
  • Ruang khas disediakan untuk Vibers Pit (VVIP Access)
  • Akses ke elevated deck, yang lengkap dengan fasiliti dan makanan ringan
  • Tandas awam khas disediakan
  • Merchandise:
  • Pin
  • T-Shirt
  • Sticker
  • Rubber Wristband
  • Lanyard & Card

* Tiket terhad, kuantitinya disediakan mengikut kapasiti zon.

5. Adakah pilihan 'Buy Now Pay Later' tersedia untuk UND3RGROUND?

Ya, pilihan 'Buy Now Pay Later' tersedia melalui Atome dan Shopback untuk tiket.

6. Bagaimana untuk membeli merchandise?

Merchandise hanya boleh dibeli secara ‘add on’ ketika pembelian tiket.

7. Bagaimana saya boleh sampai ke tempat acara UND3RGROUND?

Waze/Google Maps
Sunway Lagoon

Pengangkutan Awam

  • KTM Komuter Train
  • Putra LRT
  • Sunway City’s Bus Rapid Transit Station 3

Untuk maklumat selanjutnya: https://sunwaylagoon.com/how-to-get-here

8. Di manakah pintu masuk ke acara?

Pintu masuk untuk semua tiket kategori di Sunway Lagoon Theme Park Entrance.

9. Adakah dibenarkan masuk semula?

Polisi dilarang masuk semula bagi semua peserta dilaksanakan untuk menjamin pengalaman muzik yang selamat dan tanpa gangguan untuk semua.

10. Adakah had umur yang ditetapkan?

Kanak-kanak di bawah 7 tahun tidak dibenarkan masuk dan individu berumur di bawah 16 tahun perlu diiringi oleh ibu bapa/penjaga.

11. Di manakah saya boleh mendapatkan waktu persembahan yang ditetapkan?

Ikuti media sosial kami untuk maklumat lanjut.

@hitmansolutions

Hitman Solutions

12. Apakah pakaian yang disyorkan?

Pakailah apa yang selesa kepada anda, selagi ia tidak mengandungi sebarang simbol agama dan/atau politik yang membawa konotasi negatif.

13. Adakah makanan dan minuman dari luar dibenarkan?

Makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan masuk, tetapi ada pelbagai makanan dan minuman dijual di dalam untuk dinikmati sepanjang acara.

14. Adakah loker disediakan di tempat acara?

Ya, loker disediakan di tempat acara.

15. Adakah kemudahan perubatan atau medik disediakan di tempat acara jika berlaku kecemasan?

Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Kemudahan perubatan dan stesen bantuan pertolongan cemas akan disediakan di tempat acara. 

16. Adakah mesin ATM tersedia di tempat acara?

Tidak, sila ke Sunway Pyramid Shopping Mall untuk menggunakan mesin ATM.

17. Apakah yang akan berlaku sekiranya hujan semasa acara berlangsung?

UND3RGROUND akan terus berlangsung tanpa mengira cuaca! Sila bawa baju hujan atau poncho sendiri sekiranya hujan.

18. Adakah terdapat barang-barang yang dilarang dan tidak dibenarkan dibawa masuk?

BARANG DILARANG

Rokok, Baton Selfie/Tripod, Makanan atau Minuman dari Luar, Kamera Profesional atau Alat Perekam, Dron, Horn Udara, Selimut atau Tuala Pantai, Payung, Kerusi atau Peti Sejuk, Bunga Api atau Bahan Letupan, Barang Tajam, Penunjuk Laser, Walkie Talkie, Dadah atau Bahan Dilarang.

Peringatan: Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, atau rampasan barang peribadi. Penganjur juga berhak untuk mengubah senarai ini tanpa notis terlebih dahulu.

19. Adakah kamera profesional dibenarkan?

Kamera profesional adalah tidak dibenarkan.

20. Bagaimana saya boleh kekal kemas kini dengan sebarang pengumuman berkaitan acara?

Ikuti media sosial kami untuk maklumat lanjut.

@hitmansolutions

Hitman Solutions

21. Sekiranya saya kehilangan barang di acara, bagaimana saya boleh mendapatkannya balik?

Sila hubungi +6012-2655783 dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu anda mencari barang yang hilang.

Pulang Ke Zon UND3RGROUND

BACK

Don't miss these shows!

Avenged Sevenfold Live in Malaysia

After a decade-long wait, Avenged Sevenfold (A7X) are making their highly anticipated return to Malaysia. Hardcore fans across the country and beyond can look forward to their signature heavy riffs, intense hard rock sound, and classic, raw vocals. Don’t miss this chance to see them live at Unifi Arena Bukit Jalil on 26 September 2026 for an unforgettable night of epic music.

Vertical Horizon Live in Malaysia

Vertical Horizon is an American alternative rock band best known for their melodic guitar-driven sound and emotionally resonant lyrics. Formed in the early 1990s and led by vocalist and guitarist Matt Scannell, the band rose to international prominence with their 1999 breakthrough album Everything You Want. Don’t miss out on this rare opportunity to catch them live in Malaysia! Be part of history.

Majlis Tertinggi Rockqueen Ella (Singapore)

After decades of shaping the music scene, Malaysia’s Rock Queen, Ella, returns on 9 May at Star Theatre, Singapore. This special showcase celebrates her legendary career, culminating in one unforgettable night alongside her regional fans who have supported her throughout the decades. Don’t miss the chance to witness Ella’s comeback in Singapore! Don’t miss the opportunity to witness the return of a legend. Be part of history.

Hitman Solutions
Typically replies in a few hours
Hitman Solutions
Hi there
How can i help you today?
Start Whatsapp Chat